AHLI VIP

09/09/2011 (JUMAAT)

KEMBALI KE LAPORAN AKTIVITI

MAJLIS PERPISAHAN GURU PBS
----------------------------------------------------
 Guru-guru dan murid bersedia menunggu persembahan khas dari guru PBS

 Diserikan lagi dengan Kehadiran Guru Besar Sk Jalan Bintang

 Guru Pelatih memperkenalkan diri masing-masing

 Segala adegan di rakam oleh guru pelatih sebagai kenangan mereka

 Persembahan pertama adalah nyanyian lagu ciptaan guru pelatih sendiri 
2 lagu di dendangkan dengan alunan muzik yang merdu

 Persembahan kedua adalah video khas hasil kreativiti guru PBS sendiri
tetapi disebabkan masalah teknikal video tidak dapat ditayangkan

VIDEO PERSEMBAHAN DARI GURU PBS
-----------------------------------------------------


 Majlis penyerahan VCD yang terkandung hasil kerja video guru PBS

 Murid turut mempersembahkan lagu khas untuk guru PBS

 Begitu juga murid yang lain tidak kurang hebatnya

 Guru PBS menari tarian sumazau

 Murid turut mengikuti tarian tersebut

Sesi bergambar bersama murid-murid
--------------------------------------------------------------
(TAMAT)

WARGA PPKI SK JALAN BINTANG MENGUCAPKAN SELAMAT BERJAYA MENCEBURI DUNIA PENDIDIKAN

"JADILAH GURU 5 BINTANG"


GURU YANG PROFESIONAL

Dalam statistik pendidikan, guru ramai berada di tengah-tengah iaitu guru 2-4 bintang yang mana menjalankan sekadar lingkungan tugas mereka mengikut masa yang diperuntukan, tepati waktu dan mengajar dengan baik. Sedikit pula bagi guru 1 Bintang yang selalu lewat ke sekolah, tetapi ingin balik awal, masuk kelas tidak mengajar seperti duduk bersembang atau menggunakan Hp semasa mengajar. Banyak bercakap kurang berkerja serta suka mengelak daripada tugas yang diberikan oleh pentadbir dengan pelbagai alasan. Guru 5 bintang adalah guru yang proaktif, inovatif dan kreatif dari semua aspek, kurang bercakap lebih mengutamakan kualiti kerja, berkerja lebih masa tanpa paksaan, melaksanakan tugas yang diarahkan daripada pentadbir dengan sebaiknya tanpa memberi alasan menggunung, jika tidak tahu bertanya dan sentiasa meningkatkan diri untuk mempelajari sesutatu. Komited dalam semua tugas yang diberikan dan guru jenis ini hanya segelintir sahaja disesebuah sekolah dan boleh dikira menggunakan jari.
"Tepuk dada tanya selera"
" JOM BERUBAH KE ARAH KECEMERLANGAN"

(RUJUKAN DARIPADA GURU BESAR SK JALAN BINTANG)
WONG SIAH MEE
BAHAN DARIPADA MESYUARAT STAF 2011