AHLI VIP

12/01/2011 (RABU)

KEMBALI KE LAPORAN AKTIVITI

Perhimpunan Pertama Guru Besar Baru
WONG SIAH MEE

< Seawal pukul 7 pagi murid - murid perdana mula berbaris dengan semangat guru besar yang baru diperhimpunan yang pertama baginya sebagai guru besar di sekolah SK JALAN BINTANG MIRI.






Begitu juga dengan murid - murid PKBP SK JALAN BINTANG yang sentiasa bersemangat untuk menghadiri perhimpunan lebih-lebih lagi ini adalah perhimpunan yang pertama bagi guru besar baru. >





< Guru mengawal murid PKBP untuk berbaris dengan betul semasa perhimpunan rasmi Sekolah.








Perhimpunan dimulakan dengan menyanyikan lagu NEGARAKU dan lagu rasmi Negeri sarawak "SARAWAK IBU PERTIWIKU" >








< Ucapan Penolong Kanan HEM Cik Media Ulem yang berkaitan dengan Disiplin Sekolah dan Kebajikan para pelajar.






Ucapan daripada Penolong Kanan 1 Puan Aren Anyi yang berkaitan tentang memperkenalkan guru besar baru dan sedikit sebanyak memberi ucapan ringkas tentang Kurikulum murid kususnya prestasi yang terkini dan menyentuh juga tentang pilihan murid untuk mengikuti pengajian bahasa Arab atau cina di Sekolah Sk Jalan Bintang Miri. >




< Guru besar mengambil keputusan untuk tidak berucap pada perhimpunan pertamanya di sekolah Sk Jalan Bintang kerana ingin membuat pemerhatian dahulu tentang budaya SKJBM melaksanakan perhimpunan rasmi. Manakala ucapan terakhir dilaksanakan oleh En. Hassim B. Lehi selaku penolong kanan Kokurikulum yang memberi penerangan tentang aktiviti kokurikulum disekolah SKJBM tahun 2011.



Bagi pertama kalinya Tuan Guru Besar Baru En Wong Siah Mee menyanyikan lagu kebanggaan Sekolah SKJBM bagi mengakhiri perhimpunan pada hari itu.>






< Murid meninggalkan perhimpunan mengikut barisan dengan penuh disiplin. Tepat pukul 0740 am perhimpunan tamat.