AHLI VIP

24/01/2011 (ISNIN)


KONTROVERSI PROGRAM IPP


Masalah terjadi apabila golongan ibubapa yang anak mereka tidak melepasi syarat lulus untuk menjadi murid PKBP di mana mereka menyalahkan guru yang menjalankan program tersebut iaitu Cikgu Izrah Bin Jumdail selaku penolong penyelaras program IPP dan kini adalah Penyelaras program IPP bagi tahun 2011. Pihak Ibubapa mendakwa program tersebut adalah rekaan oleh Cikgu tersebut, dan bagi menjelaskan bahawa program tersebut adalah arahan daripada kementerian pihak Guru PKBP dan IBUBAPA yang terlibat mengadakan perjumpaan bersama Guru besar pada masa itu bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Kedatangan para ibubapa yang terlibat, Guru-guru PKBP dan Guru Besar

Penyelaras PKBP Cikgu Lim Mengalu-alukan kedatangan Ibubapa

 Barisan Guru yang hadir
 Barisan Guru dan Ibubapa
 Ucapan dimulakan oleh Penyelaras Program IPP Cikgu LIM
Cikgu Lim penerangkan bahawa program ini adalah dari kementerian

Guru Besar dan Ibubapa mendengar dengan penuh perhatian

Segala adegan direkod oleh PPM suzie

Pembentangan IPP bagi menjelaskan konflik oleh Cikgu Izrah Bin Jumdail

Cikgu Izrah menjelaskan lagi bahawa program tersebut adalah daripada KPM dan bukan program ciptaannya seperti yang di dakwa oleh pihak Ibubapa.

 Guru Besar mendengar dengan teliti apa yang disampaikan oleh Cikgu Izrah

Cikgu Izrah menerangkan IPP ini adalah untuk SIAPA dan DIMANA DIJALANKAN

Cikgu Izrah menerangkan Struktur Organisasi Program IPP Tahun Lalu

 Nama - Nama Guru yang Terlibat

 Cikgu Izrah Membentangkan keputusan Program IPP tahun Lalu

Ulasan graf bagi setiap pelajar yang terlibat

 Cikgu Izrah menunjukkan orang - orang istemewa yang berjaya sebagai renungan.

 Cikgu Izrah menegaskan sekali lagi bahawa program tersebut adalah arahan KPM dan berharap supaya pihak Ibubapa berhenti mendakwa beliau sebagai pencipta kepada program tersebut.

 Wakil Ibubapa yang memohon Maaf atas segala konflik yang terjadi keatas Guru-Guru PKBP

 Guru Besar mengulas tentang program IPP dan menegaskan bahawa program tersebut adalah daripada KPM dan bukanlah ciptaan daripada cikgu Izrah. Guru besar juga meminta agar Ibubapa berkerjasama dengan Guru-Guru PKBP bagi membantu anak mereka untuk melepasi Ujian IPP tersebut dalam tempoh 3 bulan ini.
Ibubapa dan Guru berteguran tanda kesefahaman terjalin dan kontroversi IPP PKBP pun berakhir dengan jayanya hasil daripada kerjasama Guru-Guru PKBP, IBUBAPA dan GURU BESAR Sk Jalan Bintang Miri.