AHLI VIP

Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Khas

KEMBALI KE PERKONGSIAN ILMU

Murid khas adalah murid yang begitu istimewa sekali, begitula juga bagi guru yang mengajar mereka haruslah mempunyai kemahiran istemewa. Biasanya setiap guru yang mahir akan menganalisis murid mereka dahulu sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Ini boleh dikatakankan seperti suai kenal di mana guru mestilah mengenali murid yang hendak mereka ajar. Oleh itu sesi pengajaran dan pembelajaran untuk kanak - kanak khas ini perlu mengambil kira ciri - ciri keistimewaan dan keperluan mereka bagi memberi pembelajaran yang bermakna bagi mereka. Sebagai seorang guru, kita perlu meneliti apakah model - model teoritikal atau pendekatan yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pelajaran anak - anak ini.

Sebagai seorang guru yang mahir, Sebelum kita memahami model - model teoritikal yang boleh diaplikasikan dalam proses P&P, kita juga perlu terlebih dahulu memahami beberapa konsep asas dalam pengajaran kanak - kanak khas ini.

1. Strategi dan Pendekatan Pengajaran
- Merujuk kepada bagaimana kita seorang guru menyediakan perancangan mengajar, memulakan dan mengakhiri pengajaran.

2. Kaedah Pengajaran
- Merujuk kepada perancangan pengajaran yang telah diterima pakai oleh banyak pihak.
- Perancangan ini termasuklah kawalan guru terhadap urutan perlakasanaan proses pengajaran yang akan dilaksanakan.

3. Strategi Pengajaran
- Merujuk kepada perancangan operasi pengajaran yang khusus yg digunapakai oleh guru.
- Merujuk kepada perancangan2 kecil untuk mencapai objektif pengajaran.

4. Tenik Pengajaran.
- Sistem / mekanisme penyampaian ilmu dan kemahiran.
- Prosedur2 khusus pada skala kecil.
- Satu strategi yang boleh mengandungi beberapa teknik.

MODEL TEORITIKAL DALAM PENDIDIKAN KHAS

Model Perubatan
- Kanak - kanak khas perlu menjalani ujian diagnosis secara komprehensif sebelum melakukan sebarang intervensi pendidikan khas ke atas mereka.
- Ujian diagnosis ini perlu bagi memahami keadaan biologikal serta fizikal mereka. Dengan itu kita boleh melihat tahap keupayaan mereka.

Model Perkembangan
- Pengajaran dan pembelajaran perlu sesuai dengan perkembangan kanak - kanak khas. Kanak2 khas mempunyai tahap perkembangan yang sama dengan kanak2 normal namun ada kadar yang perlahan.
- Mereka juga mempunyai ketidakupayaan yang berbeza.
- Kaedah pengajaran yg dibina perlu mengambil kira tahap perkembangan intelektual, fizikal, sosial dan emosional kanak2 khas ini.

Model Behaviorisme
- Perlunya analisis tingkah laku sebelum pengajaran dijalankan.
- Guru bertanggungjawab untuk merubah persekitaran sebelum atau selepas tingkah laku bagi tujuan unutk mendapatkan tingkah laku sasaran.

Model Kognitif
- Fokus kepada keadaan internal pemikiran seseorang.
- Model ini mengambil pendekatan pengajaran secara latihan kognitif dan meta kognitif.

Model Humanistik
- Menitik beratkan soal perkembangan individu secara menyeluruh.
- Asas model ini ialah kepercayaan tentang kecenderungan setiap insan untuk mencapai jati diri masing-masing.
- Guru bertangungjawab membina kecenderungan pelajar untuk mengembangkan potensi mereka.
- Faktor peribadi dan sosial penting dalam menentukan perkembangan kanak2 ini secara menyeluruh.