AHLI VIP

PENGENALAN

--------------------------------------------------------------------------
SEJARAH
-------------------------------------------------------------------------

           Sejarah awal kelas PKBP integrasi Sk Jalan Bintang Miri adalah bermula pada tahun 1993. Pada tahun tersebut masih dikenali sebagai K.K.B.P atau Kelas Khas Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.  Mula beroperasi pada tanggal 18 Januari 1993 dengan jumlah pelajar seramai 16 orang yang dikumpul daripada beberapa buah sekolah di Miri seperti SRB St Columba Miri, SRB St Joseph Miri, SRK Jalan Bintang Miri, SRK South Miri, SRK Sayed Othman Miri, dan SRK Anchi Miri, yang kini kesemua sekolah ditukar daripada SRK dan SRB kepada SK (Sekolah Kebangsaan). Bermula daripada 3 buah kelas iaitu KKBP Anggerik I, KKBP Anggerik II dan KKBP Kenanga yang dijaga oleh 3 orang guru iaitu Cikgu Lim Gueh Eng, Cikgu Faridah Abu Bakar dan Cikgu Hjh Naiemah. Selepas hampir 3 bulan Cikgu Hjh Naiemah mengakhiri tugasnya di kelas khas dan bertugas semula sebagai guru biasa tahun 2H. Jesteru itu, murid kelas Cikgu Naiemah dimasukkan kedalam KKBP Anggerik dan KKBP Kenanga.

(Gambar - Mesyuarat Penubuhan PKBP)
(Gambar - Murid Awal PKBP 1993)

           Pada tahun 2005, bilangan murid telah bertambah kepada 25 orang membentuk 4 kelas iaitu Anggerik, Kenanga, Melur dan Seroja yang dijaga oleh 5 orang guru iaitu Cikgu Lim Gueh Eng, Cikgu Suhaila, Cikgu Su Li Na, Cikgu Christina dan Cikgu Hjh Naeimah yang kembali menjadi guru khas. Pada tahun berikutnya bilangan murid bertambah dari 48 orang tahun 2006 sehingga 65 orang pada tahun 2008 yang membawa pembukaan 1 kelas diblok aliran perdana. Pada tahun 2009, 2 blok baru telah dibuka menjadi 3 blok, pembangunan PKBP terus bertambah pada tahun 2010 di mana 2 blok lg dibina menjadi 5 blok kesemuanya yang dilengkapi sebuah dapur. Ini membawa pembukaan 5 kelas baru iaitu Teratai, Dahlia, Mawar, Sakura dan Cempaka yang mempunyai 15 orang guru 5 orang ppm dan 70 orang murid. Penyelaras PKBP adalah Cikgu Lim Gueh Eng daripada awal pembukaan PKBP sehingga Feb tahun 2011.

           Pada 25.03.2011 PKBP Sk Jalan Bintang telah diberi Penolong Kanan Pendidikan Khas buat kali yang pertama daripada Kementerian. Penolong Kanan yang pertama dalam sejarah PKBP Sk Jalan Bintang adalah Puan Hawla Bt Besenie. Selepas PK Pend.Khas wujud di PKBP, Sistem pentadbiran berpenolong kanan telah dirombak di mana dibawah pentadbiran PK Pend Khas terdapat 5 orang penyelaras Utama yang membantu dalam sistem pentadbiran Pendidikan khas. 5 penyelaras itu adalah Penyelaras Disiplin dan Keselamatan iaitu Cikgu Izrah Bin Jumdail, Penyelaras Kurikulum iaitu Cikgu Suhaila Sabeh, Penyelaras Pra Sekolah iaitu Cikgu Christina Ak Bakir, Penyelaras Hem dan Data iaitu Cikgu Dayang Mahillah Bibi Bt Abang Rambli dan Penyelaras Kokurikulum iaitu Cikgu Zulqrnain Ab Rahman. Dengan adanya sistem pembahagian kerja yang sistematik pengurusan PKBP dapat dijalankan dengan lancarnya.

             Kelas juga telah berubah mengikut kesesuian KSSR yang baru iaitu nama kelas pun telah diubah menjadi, kelas Mesra, Cergas, Amanah, Jujur, Ikhlas 1, Ikhlas 2, Cekap 1, Cekap 2, Ceria 1, dan Ceria 2. Kelas - kelas ini telah diubah mengikut kesusuian umur dan tahap murid dan membahagikan murid kepada pengelesan tahun 1 hingga tahun 6.  

              Pada tahun 2012 sistem pentadbiran dan pengurusan dirombak lagi bagi memantapkan pergerakan serta melicinkan pengurusan PPKI SK Jalan Bintang kearah kecemerlangan. Pentadbiran melalui PKPK Puan Hawla Besenie, beliau dibantu oleh PPK (Pembantu Penolong Kanan) Cikgu Suhaila Sabeh dan juga merangkap Setiausaha Tetap bagi PPKI. Dibawah cabang pemerintahan mereka lagi dibantu oleh tiga orang kanan yang memegang jawatan KP (Ketua Penyelaras) iaitu KP Kurikulum Cikgu Dyg Jakiah Awg Omar, KP Hem Cikgu Izrah Jumdail dan akhir sekali KP Kokurikulum Cikgu Zulqrnain Ab Rahman. ketiga-tiga KP mempunyai peranan penting begi penggerak jentera kerja di PPKI. 

               Bagi mengelakkan kekeliruan juga nama kelas ditukar sekali lagi iaitu kelas akan diletakkan nombor dihadapan di mana nombor tersebut adalah merujuk kepada tahun. Pada tahun tersebut 3 kelas telah dibuka bagi tahun satu iaitu 1Adil, 1Bestari, 1Cekal, manakala 2 kelas dibuka untuk tahun Dua iaitu 2Adil dan 2Bestari, dan sebuah kelas dibuka bagi tahun tiga,empat dan lima, iaitu 3Adil,4Adil dan 5 Adil, dan ahkir sekali 2 kelas dibuka bagitahun enam iaitu 6Adil dan 6Bestari. Pertambahan murid juga meningkat kepada 76 orang murid yang mempunyai pelbagai jenis kategori kurang upaya.

               Pada tanggal 14/01/2012 juga satu organisasi Ibubapa dan guru PPKI bagi pertama kalinya telah dibentuk. Organisasi ini adalah bertujuan bagi menyokong segala aktiviti yang dijalankan oleh sekolah dalam mencapai visi dan misi PPKI SK Jalan Bintang disamping bagi mencari menyelesaian sekiranya terdapat masalah diantara Ibubapa dan Guru.



Gambar - Bangunan Luar PPKI
 Gambar - Kelas PPKI

 Gambar - Bangunan Luar Pra Sekolah PPKI

 Gambar - Kelas Pra Sekolah PPKI

----------------------------------------------------------
LOGO PKBP
--------------------------------------------------------------------


Bintang:  Melambangkan Kecemerlangan dan
                Kewibawaan

6 Bucu Bintang: Melambangkan murid PPKI tahun 1 hingga 6

Orang:    Melambangkan Guru yang Fleksibel

Tangan:  Melambangkan Harapan Murid untuk menjadi
               insan yang berguna dan pandai bedikari.

PKBP: Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

Biru Tua: Melambangkan Perpaduan

Biru Muda: Melambangkan Keharmonian

Hitam: Melambangkan Keunggulan


* Logo PKBP Sk Jalan Bintang dicipta pada 01.01.2011 oleh Cikgu Izrah Bin Jumdail untuk memenuhi keperluan Portal PKBP Sk Jalan Bintang.

LOGO BAHARU
16 Mei 2011 
Logo baharu dicipta

* Logo PKBP ditukar kepada PPKI kerana mengikut perkembangan semasa
MAKSUD PPKI : PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
----------------------------------------------------------------------------------
CARTA ORGANISASI 
PPKI SK JALAN BINTANG 2012
--------------------------------------------------------------------------------

KLIK PADA GAMBAR UNTUK MEMPERBESARKANNYA

CARTA ORGANISASI INDUK


CARTA ORGANISASI TUGAS

--------------------------------------- 
VISI DAN MISI
klik gambar bagi memperbesarkannya
-------------------------------------------

CARIAN DI INTERNET
---------------------------------------
JIKA KITA TAIP
"ppki sk jalan bintang" di GOOGLE Search seperti Gambar dibawah:

KEPUTUSAN CARIAN:
PPKI SK JALAN BINTANG ADALAH CADANGAN PILIHAN PERTAMA

-------------------------------------------------------------------------