AHLI VIP

Terapi dalam Pendidikan Khas

 KEMBALI KE PERKONGSIAN ILMU

a) Terapi pertuturan
  • kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi.
  • membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.
  • melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu
  • antara aktiviti terapi pertuturan ialah : - latihan lisan.
- meniup belon.
- meniup kertas di atas air.
- mengetap bibir ; dan sebagainya.

b) Terapi Fizikal (fisioterapi)
  • memberi pengaruh yang besar terhadap kehidupan murid Pendidikan Khas. Ia bertujuan untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah kawalan motor. Terapi yang dilaksanakan ini akan dapat meningkatkan lagi perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan perkembangan kecerdasan fizikal mengikut keutamaan.
c) Terapi Carakerja
  • merupakan aktiviti yang menjurus ke arah membantu individu bermasalah fizikal dan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima yang mungkin. Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional dan kerjaya.
d) Terapi muzik
  • bertujuan untuk mententeramkan murid supaya bersedia untuk belajar. Guru menggunakan muzik untuk merangsang minda dan menarik perhatian murid.
  • terapi ini digunakan untuk mengawal emosi dan dijalankan oleh seorang terapis.
  • aktiviti yang dijalankan adalah seperti pergerakan bebas mengikut irama muzik, memainkan alatan muzik mengikut rentak yang diperdengarkan serta menghayati irama.
  • murid melakukan gerakan menggunakan alatan untuk menghasilkan bunyi. Bunyi-bunyi ini apabila digabungkan akan menghasilkan satu irama muzik yang tersusun.