AHLI VIP

Tips Umum Temuduga

KEMBALI KE PERKONGSIAN ILMU


Tips ini di terbitkan untuk memberi panduan kepada bakal pekerja untuk lebih bersedia seandainya dipanggil untuk temuduga. Perkongsian maklumat ini bertujuan memberi pengetahuan kepada para graduan atau pencari-pencari kerja dalam perebutan atau persaingan untuk mendapatkan jawatan yang dipohon. Tips ini diperolehi hasil kajian, survey dan pengalaman penulis sendiri. Tidak kira jawatan apa yang di pohon sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta seperti guru (kursus perguruan lepas ijazah) kpli, dpli (diploma perguruan lepas ijazah), Guru ganti, Guru sandaran tidak terlatih, temuduga pengesahan lantikan, jawatan jurutera sektor awam atau swasta, kerani, PPM, Pembantu am rendah, juruteknik, pegawai kerajaan, akauntan dan sebagainya. Selalunya sesi temuduga dan soalan yang ditanya hampir sama sahaja tidak kira bidang yang anda ambil.

1. Pastikan Resume dan sijil yang di bawa lengkap
2. Cerita latar belakang diri (hendaklah menarik perhatian)
3. Berpakaian kemas.
4. Sebaiknya cerita tentang kebaikan anda dan cuba tutup segala kelemahan yang ada.
5. Pengetahuan mendalam tentang pekerjaan yang di pohon, paling tidak tahu serba sedikit
6. Pengetahuan am yang tinggi
7. Mengetahui serba sedikit isu-isuterkini
8. Jawab soalan dengan tenang, sopan dan yakin.
9. Doa dan tawakal