AHLI VIP

07/01/2011 (JUMAAT)

Perhimpunan Khas Hari Terakhir Guru Besar 
(HAMDAN BIN BAKERI) 


> Amanat terakhir beliau kepada semua pelajar yang dikasihi, Guru - guru serta staf SKJBM. Beliau menekankan tentang keselamatan murid disekolah, sikap murid yang perlu diubah untuk mendapat kecemerlangan yang lebih daripada tahun sebelumnya.

> Beliau juga menceritakan pengalaman beliau semasa mula - mula menjadi guru dan menceritakan betapa susahnya keadaan pada masa itu. Beliau menasihatkan murid agar bekerjasama denagn guru dan menceritakan betapa pentingnya seorang guru kepada murid.



Beliau menyanyikan lagu sekolah buat kali terakhir dihadapan murid - murid SKJBM bersama semua guru dan staf sokongan. >







> Murid berbaris memberi salam dan ucapan "terima kasih cikgu"  kepada guru besar buat kali yang terakhir.







Dalam suasana sepi dan sayu, pelajar sabar menunggu giliran untuk bersalaman kepada guru besar yang dikasihi mereka. >






> Semua warga SKJBM berbaris memberi laluan hormat untuk kali yang terakhir kepada Guru besar dalam suasana yang penuh dramatik.






SELAMAT JALAN TUAN GURU BESAR
Kami warga PKBP Sk Jalan Bintang Mendoakan Tuan Sihat Selalu dan Sentiasa SUKSES di tempat yang baru .. SAYONARA...