AHLI VIP

Atasi Tekanan Jiwa

KEMBALI KE PERKONGSIAN ILMU


Cara mengatasi masalah tekanan jiwa menurut Islam


Pendahuluan

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak

terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan

yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan

terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan

masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi
mangsa.
Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa
jua
yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai

dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.



Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan
tekanan
kerja.

Antaranya ialah :



1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil

wuduk sebelum melakukan p! ekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang
dan
mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri

mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca

akan mudah dingati.



2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca

Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca

Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika

berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman
paling
akrab pada sepanjang waktu.



3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan

amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat.

Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara

pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada seper!
tiga
malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut ag! ! ar beroleh ketenangan
dan
kekuatan daripada Allah.



4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini

bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan

dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam

Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika
waktu
azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya

yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki

tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.

Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa

hanya kepada Allah yang Esa.



5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan

dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah

yang Berkuasa! bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh

itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah

menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti

percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.



6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk

otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila

kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan

seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita

meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan

kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.



7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan

salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk

mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.
Diet
yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit
kronik
yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.



8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat

diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa

ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan
perasaan
tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain"
ada
sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka

seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai

contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan
tetapi
dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah,
menangis
dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang
dihadapi
di tempat kerja.



9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila

kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah

untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu

bekerja.

Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan

mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah,
kita
mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih

ceria.



10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".

Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita

perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri

kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu

dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu

memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.





Kesimpulan


Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar

untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta

jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat

diselesaikan dengan jayanya.