AHLI VIP

Kaedah Pengajaran Pendidikan Khas


KEMBALI KE PERKONGSIAN ILMU
Kaedah Dan Teknik Mengajar

Pengajaran secara kumpulan
  • Berasaskan strategi berpusat pada murid
  • Menguasai kemahiran mengikut kebolehan masing-masing
  • Jenis kumpulan: a) mengikut kebolehan b) guru rancang P&P secara berperingkat
  • Murid dikumpulkan berdasarkan hasil penilaian
  • Sesuai digunakan untuk aktiviti kemahiran asas membaca, menulis dan mengira
  • Ahli dalam kumpulan boleh ditukarkan kepada kumpulan lain mengikut tahap kebolehan
  • Komposisi ahli tidak sama untuk setiap kumpulan bagi matapelajaran yang berlainan
Kumpulan pelbagai kebolehan
  • Pembentukan kumpulan yang mengandungi murid-nurid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kecenderungan
  • Sesuai untuk menjalankan aktiviti seperti permainan, simulasi, perbincangan, projek dan ujikaji
  • Murid-murid yang cerdas dapat membantu murid-murid yang lambat
Pengajaran secara individu
  • Kaedah mengajar yang berlaku di antara seorang guru dan seorang murid sahaja
  • Murid-murid yang diajar dengan kaedah ini akan dapat mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, jasmani dan sosial secara menyeluruh serta seimbang
Faktor-faktor yang diambil kira dalam pengajaran secara individu
  • Kebolehan dan pengalaman sedia ada
  • Punca masalah yang dihadapinya
  • Strategi dan teknik mengajar
  • Isi pelajaran dan bahan bantu mengajar
  • Langkah-langkah pengajaran mengikut urutan
  • Aktiviti pengukuhan dan penilaian
  • Aktiviti pembelajaran untuk murid-murid lain