AHLI VIP

KSSR Pendidikan Khas Malaysia

KEMBALI KE PERKONGSIAN ILMU


ASAS 3M (MASALAH PEMBELAJARAN) TAHUN SATU

KSSR dibuat adalah berdasarkan hasrat kerajaan untuk memantabkan lagi system pendidikan di Negara kita. Tidak lupa juga kepada KSSR Pendidikan Khas yang kini menyasarkan kepada Objektif yang lebih jelas dan besar iaitu semua murid akan dapat menguasai Asas 3M pada 2012. Ini bermakna pendidikan khas telah melonjak satu anak tangga lagi dimana murid bukan sahaja boleh berdikari dan berkemahiran tetapi harus menguasai asas 3M
Mari kita lihat apa sebenarnya ada pada KSSR Pendidikan Khas:
·         Dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
·         Bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid.
·         Dibentuk secara fleksibal. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “ guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.
·         Dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
·         Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

MATLAMAT

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk
mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian
murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang,
harmonis dan berakhlak mulia.

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang merupakan domain domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:
i. Komunikasi
ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai
iii. Kemanusiaan
iv. Sains dan Teknologi
v. Perkembangan Fizikal dan Estetika
vi. Keterampilan Diri
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang perkara yan murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai..

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteriaatau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard Kandungan.
FOKUS MATA PELAJARAN; Mata Pelajaran: Asas 3M

Komponen: Bahasa Melayu

Komposisi komponen Bahasa Melayu ini terdiri daripada disiplin:
i. Mendengar dan memberi respon kepada pelbagai sumber
ii. Bertutur dengan sebutan yang betul dan bertatasusila
iii. Membaca dan memahami isi bacaan yang sesuai mengikut perkembangan dan kebolehan murid
iv. Menulis perkataan dan ayat mudah dengan betul
v. Melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, permainan, penulisan untuk menjalin dan mengeratkan hubungan berurusan untuk mendapatkan perkhidmatan

Komponen: Bahasa Inggeris

Komposisi komponen Bahasa Inggeris ini terdiri daripada disiplin:
i. Mendengar, mengulang dan memahami bahasa pertuturan yang mudah
ii. Bertutur dan memberikan respon secara jelas mengikut situasi
iii. Membaca dan memahami mesej yang ringkas
iv. Menulis maklumat menggunakan bahasa yang mudah
v. Menggunakan kemahiran berbahasa di dalam kehidupan harian
Komponen: Matematik

Komposisi komponen Matematik ini terdiri daripada disiplin:
i. Mengetahui dan memahami konsep nombor
ii. Menguasai dan mengaplikasikan kemahiran tambah dan tolak
iii. Mengenali bentuk-bentuk asas dan ciri-cirinya yang terdapat di alam sekeliling
iv. Menguasai kemahiran penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian