AHLI VIP

31/03-03/04/2011 (5th SPECIAL OLYMPICS MOUNT KINABALU CHALLENGE) part 2

KEMBALI KE LAPORAN AKTIVITI

::HARI KEDUA BERMULANYA PENDAKIAN GUNUNG::

 Seawal pukul 4 pagi bangun, mandi dan berkemas untuk meneruskan perjuangan..
Sarapan disediakan pukul 5.30 pagi dengan 2 pilihan makanan mee goreng atau nasi goreng.

 Semua peserta makan didewan yang disediakan dengan wajah yang penuh semangat

 Pada pukul 6.15 pagi bas telah disediakan untuk membawa peserta daripada Bundu Tuhan Center untuk menujuk ke kinabalu park yang berdekatan dengan Timpohon Gate

 Pasukan sarawak mula menaiki Bas di ikuti pasukan Brunei dan Johor

 Tiba ditempat pelepasan untuk sedia menyahut cabaran kali ini

 Barisan Pasukan Sarawak pada Cabaran kali ini... 6 orang peserta dan 5 orang guru pengiring

 Cabaran telah dirasmikan oleh Ministry of Community Development and Consumer Affairs, Permanent Secretary, Datuk Asnimar Sukardi.
Masuk paper Sabah time dan Borneo post sabah hehe...

 Pelepasan bermula pada pukul 9pagi

 Pasukan Sarawak tiba dulu di Pondok Timpohon untuk mendaftar dengan ketinggian 1866m dari paras laut

 Semua ahli mendaftar dengan menandatangani form yang disediakan

 Perjalanan dimulakan dengan penuh semangat sasaran pada hari ini diLaban Rata dengan perjalanan 6KM

 Pada awal perjalanan keadaan yang landai dan mudah

 Sampai di air terjun Garson yang terletak 500M daripada Pondok Timpohon

 Bermulalah perjalanan yang sukar yang memerlukan kekuatan otot kaki kerana pendakian yang semakin tinggi memaksa kita mendongak untuk meneruskan perjalanan

 Setelah 1KM perjalanan daripada Pondok Timpohon tibalah di pondok kedua iaitu Kandis Shelter

 Setelah 5minit berehat Pasukan Sarawak meneruskan Perjalanan

Setelah meneruskan perjalanan 500M daripada Kandis  Pasukan Sarawak bertemu dengan Pondok Uboh Shelter dan berehat selama 10 minit memakan makanan ringan untuk mengembalikan tenaga yang hilang

 Pendakian diteruskan dengan memanjat anak tangga yang tinggi

 Anak tangga semakin tinggi dengan berat beban barang yang diangkut di beg galas telah mencabar mental para peserta Sarawak

 Memaksa pasukan Sarawak untuk berehat ditenga jalan dan ada peserta yang seperti putus asa kepenatan

 Pasukan Sarawak terpaksa berehat 2 kali diperjalanan kerana ada peserta yang berasa penat dan lelah serta kekejangan otot di ketinngian 2252M daripada paras laut dan 2KM perjalanan daripada Timpohon

 Akhirnya sampai dipondok Lawii shelter setelah 1KM perjalanan daripada pondok Ubah... pasukan Sarawak berehat 15 minit dengan meminum minuman bergas dan makan makanan untuk menggantikan tenaga yang hilang

 Pasukan Sarawak meneruskan perjalanan dengan penuh tabah

 Setelah 500M perjalanan daripada Lawii Pasukan Sarawak bertemu dengan Pondok Mempening Shelter
disini pasukan Sarawak memakan makanan berat yang dibekalkan daripada penganjur.

 Pasukan Sarawak meneruskan perjalanan, Clarence Ak Mika peserta Sarawak telah mengalami kecederaan otot kerana kesan daripada beban berat beg yang dipikul sepanjang perjalanan

 Doktor daripada Hospital Queen Elizabeth yang bertugas sebagai sukarelawan telah memberi rawatan kepada peserta

 Setelah Berjalan 1KM Pasukan Sarawak telah Sampai di pondok Layang-Layang Hut dengan ketinggian 2702M daripada paras laut

 Pasukan Sarawak telah meneruskan perjalanan dan meningkalkan pasukan lain yang sedang berehat
 ada yang tidur dahulu sebelum meneruskan perjalanan.

 Pendakian semakin mencabar dan otot betis semakin menegang dan mengencang menerima tekanan 

 Seorang peserta sarawak tidak dapat meneruskan perjalanan kerana begitu lelah 

 Pendakian semakin tinggi dan berbatu-batu

 keadaan flora pun beruba bentuk pokok kebanyakan adalah poko jenis suhu beriklim sejuk

 Pasukan Sarawak terpaksa menarik dan menolak peserta yang keletihan tadi disampai memberi motovasi kepadanya

 Pasukan Sarawak mengambil keputusan berehat 20minit dipondok Willosa shelter untuk memberi rehat kepada peserta yang keletihan

 Permandangan semakin menarik dan indah

 Perjalanan diteruskan tetapi peserta Sarawak yang bernama Eric masih begitu kelihatan sangat letih

 Setelah berjalan sejauh 1KM daripada layang-layang pasukan Sarawak telah bertemu dengan Pondok
 Paka Cave shelter dengan ketinggian 3052M daripada paras laut.

 Pasukan Sarawak meneruskan perjalanan setelah berehat 15minit di Pondok Paka

 Memandangkan Pasukan Sarawak semakin hampir dengan tempat yang dituju, pasukan sarawak mengambil keputusan untuk tidak tergesa-gesa kerana jam menunjukkan baru pukul 1 petang.

 Cikgu Izrah menunjukkan bahawa mereka sudah hampir dengan Laban Rata iaitu tempat persinggahan untuk bermalam

 Cikgu Zulqrnain Sempat berehat diatas Pokok yang hanya tumbuh diatas gunung

 Tiba la di Waras Hut dengan ketinggian 3244M daripada paras laut 
dan menunjukkan Pasukan Sarawak sudah hampir dengan Laban Rata dalam lebih kurang 100M perjalan lagi

 Akhirnya Sampai Di LABAN RATA Pada pukul 2.15 Petang dengan ketinggian 3273M

 Pasukan Sarawak boleh berehat Mandi dan tidur jika mahu sementara menunggu peserta yang lain sampai.
pasukan yang terakhir sampai adalah pasukan daripada brunei yang sampai pada pukul 5 petang.

Pada pukul 4.30 makan malam telah disediakan dan kami dinasihatkan supaya tidur pada pukul 6petang kerana pada jam 12tengah malam kami akan meneruskan perjuangan untuk menghabiskan 2KM lagi menawan puncak kinabalu.

Adakah Pasukan Sarawak dapat menyahut cabaran seterusnya setelah berjaya pada hari pertama pendakian?
 ikuti sambungan di PART 3 
-BERSAMBUNG-
the end